Pages

Subscribe:

^_^

Ya Allah…

Aku tidak meminta seseorang yang sempurna,
namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna,
sehingga aku dapat membuatnya menjadi sempurna di mata-Mu.
Seorang yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya.
Seorang yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.
Seorang yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya.
Seorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna..
InsyaAllah aku akan mencintainya dengan cara yang sempurna walaupun aku bukan insan yang sempurna...
 
Amin...
HYE there!
Its me,
What can I say? I'm unique and different from other girls.
Of course we're different. I've my own biological parents..!
^_^
Just kidding.
But thats the fact.
I love being myself. The way I am.
But after married him, i'll be a bit changed..
hehehe

Haa! Let me introduce you...Taraa....!

NADZIRUL AKMAL MOHD HAMZAH 

First, he is my


and
JE T'AIME BEAUCOUP 


glitter-graphics.com

pintu ^_^ hati :.







hati ibarat dinding..
ada padanya satu pintu..
ketuklah ia untuk masuk melihat keindahannya..

by: ustaz azhar idrus 

sejenak berfikir ,terfikir, dan memikir

Seringkali kita terfikir,
bagaimana mulia dan bersihnya hati Nabi
Tetap senyum bila dibenci
Tetap tenang walau dimusuhi
Tetap membantu sungguhpun disakiti
Jua menyeru walau diusir pergi
Kenapa kita mudah membenci bila dikasari?
Mudah putus asa bila yang dilakukan tak menjadi
Mudah kecewa bila orang lain tak memahami
Mudah terguris bila dilukai

Mari mentarbiah diri
Agar segala yang indah menghias peribadi
Bukankah qudwah kita adalah Nabi
Pandangan Rabbi yang harus diteliti

Hadapilah dunia dengan jiwa yang lapang
Tingkatkan husnudzon pada semua
Jangan lurus bendul sudahlah

**Adat manusia, tak mampu nak puaskan hati semua.

already taken :) this is my wife

masih ramai lagi tak tahu yang diri ana dah berpunya :) .. beruntung la sesapa yang view this blog ..


MENUJU KE PINTU SYURGA .. insyaAllah .. amiinnn ..

Untukmu Ratuku

Ratuku..
Ingin ku luahkan
Apa yang sudah lama ingin ku luahkan
Tentang kebimbangan ku ini
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran
Dipetik tangan-tangan ganas
Lagi bernafsu sarakah

Ratuku..
Kebimbanganku ini masih menebal
Apabila kudengar
Dengungan kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu
Walaupun tampa relamu

Ratuku..
Kebimbanganku bertambah lagi
Apabila aku melihat bunga yang tak segan silu
Melampiaskan kecantikannya ketika sedang mekar
melupakan kuntuman sebelum ini yang melindunginya

Ratuku..
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku
Kerana apa yang aku lihat hari ini
Semakin banyak bunga-bunga gugur
Bagaikan tibanya musim luruh

Ratuku..
Bukanlah ku harap
Kau segigih SITI HAWA
Yang belari-lari antara safar dan marwah
Bukan juga sesetia AINUL MARDIYYAH
Menanti kekasih di pintu syurga

Ratuku..
Akuilah hakikat yang tersurat
Engkau bukanlah SITI KHADIJAH
Mahupun SITI FATIMAH
Engkau bukan AISHAH
Bukan juga RABIATUL ADAWIYYAH
Wanita suci terpuji
Kerana..
Aku tak layak berharap sedemikian rupa



Cukuplah sekadar
Kau cuba mencontohi bunga-bunga itu
Kembang mekar mewangi
Sehingga keharumannya
Melewati pintu-pintu syurga
Jangan kau risau ratuku
Kadangkala musim berganti
Sehingga bunga tak dapat mekar
Tapi..
Itu hanya ujian buatmu

Ratuku..
Esok musim bunga pasti akan tiba
Dan kau akan mampu berkembang lagi
Cuma yang kuharapkan ketika itu
Kau jagalah kelopak mu itu
Jangan sampai
Tangan-tangan kasar memetikmu lagi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu
Jangan biarkan gagak-gagak hitam merosakan serimu
Kerana kau ratu idaman kalbu

Ratuku..
Aku bukanlah
Memandang kecantikanmu
Walaupun kadangkala
aku tertarik memandangmu
Tapi..
Bukan itu yang kuharapkan
aku yakin ratuku
Masih ada sinar harapan
Yang mampu membuatmu tersenyum lega
kerana..akan kutemui
Ratu yang benar-benar ratu.

pendekar kamek

sandaran harapan - Castury