Pages

Subscribe:

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ya Allah .. semakin hari semakin banyak ujian yang Kau berikan.
kadang2 dugaan itu Engkau turunkan pada segumpal darah di tubuh ku ini iaitu HATI ..
hati ini terlalu lemah ya Allah .. bertalu2 kau turunkan ujian ke dalam hati ini ..
:( nak nangis pun ade ni .. huhu ) ya Allah! beri daku kekuatan !!

* seramai mana pun taiko korang dalam kumpulan gengster .. mereka tetap ada hati ..
hati ni lah pusat segalanya .. :) rosak hati .. rosaklah akhlaknya .. jadi ..
tercalar hati .. so tercalar tercalar jua lah kejantanan taiko2 tadi .. mungkin taiko tu tak nangis ..
dalam hati berdarah kot .. bak kata orang muda .. dalam hati ada taman .. dalam taman ada bunga .. dalam bunga ada kumbang .. kumbang tu sedang menangis .. ^_^
( lari sedikit dari topik .. :P hehe )

so ..
jadi apa yang ana nak share .. memang .. ana akui .. setiap orang ada masalah masing2 ..
termasuklah diri ana sekarang ni .. walaubagaimanapun ! ana nak share something yang INDAH !
sesuatu yang telah termaktub dalam sebuah kitab yang INDAH .. alQuran !!

wahai geng2 ku!
ingat !

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."

surah Al-Insyirah, ayat 5-6 (94 :5-6)



"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?"
surah Al-Ankabut, 2 (29:2)


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
surah Al-Baqarah, ayat 286 (2:286)

ayat di atas, jelas menerangkan .. dalil-dalil ujian dari Allah yang tertulis dalam alQuran .. jom tadabbur ayat di atas .. buka alQuran masing-masing ..

sebenarnya ujian ni kan .. membuat kita lebih kuat .. bukan semakin hanyut sedih meratapi takdir Illahi .. sudah pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi .. Allah memahami segala yang terjadi .. bahkan dalam hati kita ini .. Allah mendengar apa yang kita bicarakan sekecil manapun kita bersuara di dalam hati ..kadang-kadang .. masalah ni lah mesti jadi asbab untuk kita mendekati Allah .. tapi betulkan niat! hidup kita untuk Allah .. susah senang sentiasa bersama Allah .. jangan pula kita lari pabila dah senang ..

dan ...  ni yang best bila dibaca .. :) next !

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sama muhasabah diri masing-masing .. :) sebab ini bukannya omong kosong *pergh .. cakap indon! omong!*

TAPI INILAH SATU REALITI KEHIDUPAN .. peace no war !

No comments:

Post a Comment

pendekar kamek

sandaran harapan - Castury